top of page
Dinding-02_edited_edited.png
Flag_of_the_Philippines.svg.png
  • Adakah pertandingan ini dikenakan bayaran?
    Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk setiap penyertaan.
  • Bagaimana saya mahu membuat bayaran untuk memasuki pertandingan ini?
    Bayaran sebanyak RM50 boleh dibuat semasa anda mengisi borang penyertaan. Sila rujuk link ini untuk borang penyertaan serta maklumat lanjut mengenai pembayaran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScK9k3hJ6FnVUkyJwWUsrzQaL_FTUj8V8MKwuCrsuVR1Ay-kg/viewform
  • Adakah saya boleh membuat pembayaran sekali sahaja untuk dua atau tiga penyertaan?
    Tidak boleh. Pembayaran sebanyak RM50 sahaja yang dibenarkan untuk satu penyertaan. Sekiranya sekolah anda menghantar dua atau tiga penyertaan, sila membuat pembayaran secara berasingan.
  • Resit pembayaran
    Sekiranya anda mahu mendapatkan resit pembayaran, sila mendaftar dahulu di sini https://forms.gle/3vySzAdE9HiJ3F6UA . Selepas pendaftaran dibuat, sila hantar maklumat di bawah di Whatsapp kami https://wa.me/60169847559 Nama pendaftar Nama sekolah Bukti resit pembayaran
  • Adakah sijil ini mendapat pengiktirafan KPM?
    Sijil yang diberikan adalah diiktiraf oleh pihak KPM.
  • Adakah semua peserta layak untuk mendapatkan sijil penyertaan?
    Sijil akan diberikan kepada semua peserta. Walaubagaimanapun, sekiranya kumpulan anda tidak menepati syarat pertandingan, sijil penyertaan tidak akan diberikan.
  • Sekiranya kumpulan saya tidak berjaya ke saringan seterusnya, adakah saya masih akan mendapat sijil?
    Anda masih akan menerima sijil penyertaan peringkat Antarabangsa yang diiktiraf KPM.
  • Adakah pertandingan ini mempunyai tema yang perlu diikuti?
    Tiada tema yang ditetapkan untuk pertandingan ini, oleh itu guru serta pelajar digalakkan untuk menggunakan idea masing-masing untuk menyerlahkan kreativiti.
  • Apakah pakaian yang perlu dipakai?
    Hanya uniform lengkap sahaja yang dibenarkan untuk pertandingan ini. T-shirt adalah tidak dibenarkan.
  • Bahasa apa yang boleh digunakan semasa sorakan?
    Tiada had bagi bahasa yang digunakan semasa sorakan namun anda digalakkan menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris supaya lebih mudah difahami.
  • Bilakah tarikh akhir untuk penghantaran video?
    Tarikh akhir bagi penghantaran video adalah pada 2 Disember 2022. Sebarang penghantaran melebihi daripada tarikh ini tidak akan diterima.
  • Slogan sorakan
    Slogan yang hendak digunakan dalam video adalah mengikut kreativiti masing-masing. Pihak penganjur tidak ada menetapkan sebarang slogan khusus semasa sorakan dibuat. Walaubagaimanapun bahasa yang digunakan haruslah sopan dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
  • Berapa penyertaan daripada sekolah campuran sekolah rendah dan menengah?
    Walaupun sekolah adalah campuran sekolah rendah dan menengah, masih 3 penyertaan sahaja yang dibenarkan.
  • Berapa kumpulan daripada satu sekolah yang boleh menyertai pertandingan ini?
    Hanya 3 penyertaan sahaja yang dibenarkan daripada satu sekolah iaitu 3 kumpulan tidak mengira kategori.
  • Berapa peserta yang dibenarkan dalam satu kumpulan?
    Jumlah peserta dalam satu kumpulan adalah sebanyak 6-8 orang.
  • Adakah campuran badan beruniform atau jantina dibenarkan?
    Kumpulan yang terdiri daripada pelbagai badan beruniform serta jantina adalah dibenarkan.

INTERNATIONAL JUNIOR WAR CRY COMPETITION 2022 FAQ

bottom of page